Rabu, 19 Mei 2010

KATA~KATA HIKMAH




1 ulasan:

  1. Bacalah KATA~KATA di bawah sebagai renungan dan ingatlah bahawa yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan buruk itu datangnya daripada kita sendiri.....

    Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan...

    Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan....

    Jika hidup kamu dalam kekosongan,dampingilah keesaan Tuhan...nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian....

    Keiklasan itu umpama seekor semut hitam... di atas bati hitam.. dimalam yang amat kelam... ianya wujud,tapi amat sukar dilihat... jangan tertipu dengan terangnya bulan,kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya.......

    Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya...cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya.....

    Seribu mancis tidak dapat menerangi kamu buat selama-lamanya...tetapi cahaya keimanan dapat membawa kamu ke jalan kesenangan.....

    Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai...bertambah busuk bangkai,bertambah pula seleranya...

    Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang bodoh...kerana wajah yang bodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain,tetapi lidah yang bodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan...

    Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibelaki dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan,dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan...

    BalasPadam