Khamis, 29 April 2010

LAGU ROCK N BALADA
















2 ulasan:

  1. BIARKANNYA ~ SLAM

    Sejarah yang lalu
    Usah kau terlalu fikirkan
    Ia pengalaman, jua pengajaran
    Landas ke hadapan

    Musim akn berganti
    Muka barukan kau temui
    Lumrah dunia
    Sikap hanya sementara
    Perkara biasa
    Sedarlah teman
    Lihat ke hadapan
    Mungkin yang kau cinta... di sana

    Roda hidupkan terus berputar
    Masa tua kan terus mengejar
    Usah terlalu genggam yang lalu
    Biarkannya di situ

    Kini kita bersama
    Esok lusa siapa tahu
    yang penting biar
    Kita pergunakan detik ini sebaiknya

    BalasPadam
  2. WARISAN KITA ~ SLAM

    Malam pesta ria gilang-gemilang
    Menari leka anak bangsa ku
    Kian sepi kini semarak juang
    Menanti hari rebah ke bumi

    Mengapa lindung paras memandang
    Pintu hati tak mungkin kan terang
    Selagi langkah arah bertentang
    Pastikan kecundang

    Sisa hidup usah persia
    Gilap ia buat pameran
    Agar hidup tidak merana
    Anak bangsa melagu harapan

    Mengapa terkurung disangkar impian
    Semai bakti seluas hamparan
    Biar keringat gugur bercucuran
    Hingga kesudahan

    Usah menanti senja
    Usah terus dibuai lena
    Bangsa hindar binasa
    Teguhkan warisan kita

    Masih jauh di sana
    Masih belum temui noktah
    Satukah arah kita
    Mendaki ke puncak yang nyata

    BalasPadam