Sabtu, 1 Mei 2010

PANTUN

PANTUN KIASAN

Tikar pucuk,tikar mengkuang
Alas nikah raja melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu
Buah bacang masak serangkai
Burung dekut meniti batang
Saya dagang tidak dipakai
Macam melukut di teoi gantang
Tebang gelam,terbang kenanga
Batangnya tumbang menimpa gedung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung
pokok terpa tumbuh di bukti
Belat berbanjar ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak tahu
Limau benta di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Kononlah pulak cicak mengkarung

Lisan melayu Trasidi 1985
Fajar Bakti Sdn.Bhd

4 ulasan:

  1. PANTUN EMPAT KERAT

    Cantik teluk pantainya kendai
    Tambat perahu tepi kuala
    Biar buruk kain dipakai
    Asalkan ilmu penuh di dada

    Akar keranji dikerat-kerat
    Campur halia dibuat jamu
    Hina besi kerana karat
    Hina manusia tidak berilmu

    Pohon sena tapi sempadan
    Tempat tupai menumpang lalu
    Bercerai nyawa dari badan
    Barulah putus petua guru

    Buah nagka buah langsat
    Di tanam ayah di kebun lama
    Membaca ilmu amalan berfaedah
    Untuk kita menjadi pendeta

    Setiap hari pergi ke pekan
    Membeli ikan di pekan rabu
    Hidup ini usahlah dipersiakan
    Carilah imu buat penentu

    BalasPadam
  2. PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA)

    Daun terap di atas dulang,
    Anak udang mati dituba;
    Dalam kitab ada terlarang,
    Perbuatan haram jangan dicuba.

    Anak ayam turun sembilan,
    Mati seekor tinggal lapan;
    Duduk berdoa kepada Tuhan,
    Minta jalan ketetapan.

    Kulit lembu celup samak,
    Mari buat tapak kasut;
    Harta dunia janganlah tamak,
    Kalau mati tidak diikut.

    Dua tiga empat lima,
    Enam tujuh lapan sembilan;
    Kita hidup tidakkan lama,
    Jangan lupa siapkan bekalan.

    TEMA yang dibawa oleh pantun AGAMA ialah AMALAN BAIK.

    Lukisan zaman,1993

    BalasPadam
  3. PANTUN EMPAT KERAT (Jenaka)

    Gemuruh tabuh bukan kepalang'
    Di asah lembing berkilat-kilat;
    Gementar tubuh harimau belang,
    Nampak kambing pandai bersilat.

    Pisau wali buat peraut,
    Camca jatuh patah berdenggung;
    Gila latah ikan di laut,
    Melihat umpan di kaki gunung.

    Jikalau lenggang dalam negeri,
    Marilah kita pergi ke kota;
    Hairan tercengang kucing berdiri,
    Melihat tikus naik kereta.

    Orang menganyam sambil duduk,
    Kalau sudah bawa ke lalai;
    Melihat ayam memakai tanduk,
    Datang musang minta berdamai.

    Anak hindu beli petalo,
    Beli pangkur dua-dua;
    Mendengar kucing berbiota,
    Duduk termenung tikus dua.

    Punggur berdaun di atas kota,
    Jarak sejengkal dua jari;
    Musang rabun,helang buta,
    Baharu ayam suka hati.

    BalasPadam
  4. PANTUN EMPAT KERAT (ADAT)

    Laksamana berbaju besi,
    Masuk ke hutan melanda-landa;
    Hidup berdiri dengan saksi,
    Adat berdiri dengan tanda.

    Anak teruna tiba di barat,
    Dari makasar langsung ke deli,
    Hidup di dunia biar beradat,
    Bahasa tidak di jual beli.

    Berbuah lebat pohon mempelam,
    Rasanya manis di makan sedap;
    Bersedarlah adat seluruh alam,
    Adat pusaka berpedoman kitab.

    Ikan berenang di dalam lubuk,
    Ikan belida dadanya panjang;
    Adat pinang pulang ke tampuk,
    Adat sirih pulang ke gadang.

    BalasPadam