Isnin, 10 Mei 2010

SELOKA


4 ulasan:

  1. SELOKA MELAYU

    Indahnya sungguh di hari raya
    Ramainya orang bersuka ria
    Adikku manis cantik bergaya
    Bolehkah abang ikut bersama

    Usahlah abang membuang waktu
    Mari menuju ke rumah bonda
    Sanak saudara sedang menunggu
    Di hari mulia bertemu mesra

    Katamu itu abang mengerti
    Kusanjung budi puteri ibunda
    Pada yang tua kita hormati
    Barulah hidup saling bahagia

    Miskin dan kaya sama sahaja
    Hulurkan tangan berjabat mesra
    Saling bermaaf kita bersama
    Lupakan saja sengketa lama

    BalasPadam
  2. SELOKA PAK KADUK

    Aduhai malang Pak Kaduk,
    Ayamnya menang kampung tergadai,
    Ada nasi dicurahkan,
    Awak pulang kebuluran,
    Mudik menongkah pasang,
    Ada isteri dibunuh,
    Nyaris mati oleh tak makan,
    Masa belayar kematian angin,
    Sauh dilabuh bayu berpuput,
    Ada rumah bertandang duduk.

    BalasPadam
  3. SEKOLA PANTUN BERKASIH..

    Dara :
    Baru sekali menebas lalang,
    Kaki luka tertikam duri;
    Baru sekali tuan ku pandang,
    Rindu sudah melekat di hati.

    Uda :
    Bahasa baku ondah sekali,
    Bersajak berpantun dari sebarang;
    Hatiku sedih sekali,
    Buah hatiku kekasih orang.

    Dara :
    Dari utara terus ke selantan,
    Betik menjadi buah papaya;
    Satu mutiara satu intan,
    Yang mana baik pilihan saya.

    Uda :
    Duduk manja di atas riba,
    Nak dicium terasa malu;
    Ku tak suka berlumba-lumba,
    Biarlah dia pilihan Mu.

    Dara :
    Indah bunga mekar di taman,
    Bunga mawar di taman,
    Jika begitu kata tuan,
    Berat hati ku turutkan jua

    Uda :
    Makan sekali dah mengenyangkan,
    Kena marah berbakul-bakul;
    Berat sekali nak melepaskan,
    Berat lagi hati memikul.

    Dara :
    Dua kali ke pulau pinang,
    Air laut pasang tenangan;
    Dua kali adik menegenang,
    Air mata jatuh berlinangan.

    Uda :
    Kayu manis di celah gunung,
    Nampak jauh terbelah dua;
    Adik menangis abang termenung,
    Mengenang nasib kita berdua.

    Dara :
    Naik ke bukit tinggi,
    Tempat orang cari kayu;
    Sudah nasib badan kami,
    Bunga kembang jadi layu.

    BalasPadam
  4. SELOKA SELAMAT TINGGAL...???

    Bila sekali kita gagal,
    Teruskan uasaha untuk kemenangan;
    Jangan diucap selamat tinggal,
    Kerana ia satu keperitan.

    Hati sayu merenung malam,
    Cengkerik dan unggas meneman diri;
    Bertemu perpisahan lumrah alam,
    Pasti jadi satu memori.

    Teresak-esak menahan kesakitan,
    Ambil panadol untuk menghilangkan;
    Walau perpisahan satu keperitan,
    Muda-mudahan dapat mematangkan.

    Bertemu berpisah lumrah alam,
    Menjadi memori kenangan silam;
    janganlah diri merasa kelam,
    Kerana perpisahan hidupmu suram.

    Menangis hiba di dalam kesayuan,
    Mengenang nasib terbuang di perantauan;
    Andai ditakdirkan berakhirnya pertemuan,
    Redhalah menerima kerana itulah suratan.

    Jalan berlenggang si gadis sunti,
    Berbaju kebaya cantik dan seksi,
    Patah tumbuh hilang berganti,
    Cari yang lain janganlah sangsi.

    BalasPadam