Selasa, 11 Mei 2010

PUISI
















3 ulasan:

  1. PUISI ~ SAHABATKU

    Sahabatku.....!
    Di dalam keremangan hidup ini,
    Aku berjalan mencari erti kehidupan
    Teringat aku padamu,
    Sahabatku.....!
    Engkau yang selalu membantu
    Di dalam mencari erti kehidupan yang sebenarnya
    Tapi kini
    Dirimu telah jauh....dan terlalu jauh untuk ke jangkau
    Sahabatku.....!
    Kepergianmu dengan tiba-tiba
    Sangat ku sesali
    Mengapakah aku tak tahu??
    Setelah aku tahu semuanya
    Engkau sudah tiada padaku lagi.

    BalasPadam
  2. PUISI ~ PERJALANAN KE LANGIT

    Bagi yang merindukan
    Tuhan menyediakan
    Kereta cahaya ke langit
    Kata sudah membujuk
    Bumi untuk menanti

    Sudah disiapkan
    Awan putih di bukit
    Berikan tanda
    Angin membawamu pergi
    Dari pusat samudera

    Tidak cepat atau lambat
    Kerana minit dan jam
    Menggeletak di meja
    Tangan gaib megubah jarum-jarumnya
    Berputar kembali ke-0

    Waktu bagi salju
    Membeku di rumputan
    Selagi kau lakukan perjalanan.

    BalasPadam
  3. PUISI ~ ELEGI ESOK PAGI

    Ketika hati bersenandung
    Dalam elegi pagi ini
    Aku hanya seorang diri
    Bercerita tentang jeritan diri
    Kerinduan pada seorang kekasih
    Kerinduan akan kejujuran hati
    Kerinduan akan nyanyian sunyi
    Kerinduan akan kedamaian hidup ini
    Kerinduan pada redha illahi.

    BalasPadam