Jumaat, 18 Jun 2010

PUISI TRADISIONAL

1 ulasan:

  1. PUISI TRADISIONAL ANTOLOGI KERUSI

    PANTUN LAPAN KERAT ~

    Sarang merbah di celah dahan,
    Iempat punai bermain di situ,
    Berkejar-kejaran anak rusa,
    Tampak dari tanah seberang;
    Bersyukur aku kepada Tuhan,
    Kalau nasib memang begitu,
    Akan merana sepanjang masa,
    Harap pda kasihan orang.

    Bagus rupanya bunga melur,
    Putih rupanya bunga pinang,
    Berukir bertangkai perak,
    Permainan raja perempuan;
    Cawan,cerek sudah teratur,
    Pinggan mangkuk sudah terhidang,
    Penganan mulia sudah terletak,
    Samalah duduk kita makan.

    Korek perigi di parit seberag,
    Tepi parit tumbuh mengkudu,
    Berselang dengan pohon puding,
    Hidup subur kanan dan kiri;
    Tuan pergi dagang seorang,
    Tiada saudara tempat mengadu,
    Tiada saudara tempat berunding,
    Pandai-pandailah membawa diri

    MAKSUD PANTUN ~

    Rangkap pertama menggambarkan keadaan seseorang yang pasrah dengan nasib yang menimpanya.Dia tetap bersyukur atas takdir dan ketentuan illahi walaupun hidupnya sentiasa susah/derita dan sentiasa mengharapkan belas ihsan orang lain.

    Rangkap kedua mengisahkan tuan rumah telah menyediakan minuman dan menghidupkan makanan lalu mengajak tetamunya sama-sama menjamu selera.

    Rangkap ketiga ini merupakan nasihat kepada seseorang yang akan pergi merantau.Di tempat barunya itu,dia hidup bersendirian tanpa saudara-mara untuk mengadu dan berbincang.Oleh itu,dia harus bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat di tempat barunya itu.

    BalasPadam