Khamis, 17 Jun 2010

PERIBAHASA




5 ulasan:

  1. Senarai Peribahasa SPM

    Banyak pelajar yang gagal menguasai bahagian peribahasa walaupun hanya 6 markah.Namun,berdasarkan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5,pelajar hanya perlu menguasai peribahasa mengikut buku teks.Bertikut ialah senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4 dan tingkatan 5:

    Senarai Peribahasa Tingkatan 4

    1.Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat
    Maksud:kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

    2.Darah daging
    Maksud:Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

    3.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
    Maksud:Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

    4.Meninggi diri
    Maksud:Sombong.

    5.Bermuka dua
    Maksud:Tidak jujur.

    6.Baik hati
    Maksud:Bersikap baik dan penyayang(suka menolong).

    7.Tulang belakang
    Maksud:Punca kekuatan.

    8.Bara yang digenggam biar smpai jadi arang
    Maksud:Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar,sehingga mencapai kejayaan.

    9.Bagai kaca terhempas ke batu
    Maksud:Sangat sedih atau kecewa

    10.Melentur buluh biar dari rebungnya
    Maksud:Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

    11.Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi
    Maksud:Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.

    12.Seperti lembu dicucuk hidung
    Maksud:Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang

    13.Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing
    Maksud:Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

    14.Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air
    Maksud:Tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama handal.

    15.Terang hati
    Maksud:Lekas pandai.

    16.Rendah hati
    Maksud:Tidak sombong.

    17.Murah hati
    Maksud:Pemurah

    18.Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas
    Maksud:Adat yang tidak berubah;sesuatu yang tetap utuh.

    19.Tangan kosong
    Maksud:Hampa.

    BalasPadam
  2. Senarai Peribahasa Ringkatan 5

    1.Lintah darat
    Maksud:Peniaga yang mengambil keutungan yang terlalu tinggi.

    2.Bagai aur dengan tebing
    Maksud:Saling tolong-menolong.

    3.Anak Dagang
    Maksud:Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

    4.Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri
    Maksud:Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang,tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

    5.Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai
    Maksud:Kalau takut berhadapan dengan penderitaan,lebih baik jangan melibatkan diri

    6.Indah khabar daripada rupa
    Maksud:Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

    7.Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah
    Maksud:Pengagihan yang sama banyak.

    8.Bukit sama didaki,lurah sama dituruni
    Maksud:Perhubungan yang sangat akrab,senang susah bersama.

    9.Kacang lupakan kulit
    Maksud:Orang yamg melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

    10.Di mana buni dipijak,di situ langit dijunjung
    Maksud:Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

    11.Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak
    Maksud:Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

    12.Ibarat telur sesangkak,pecah sebiji,pecah semua
    Maksud:Orang yang semuafakat,sehidup semati,dan tidak berubah kesetiannya.

    13.Memerah otak
    Maksud:Belajar bersungguh-sungguh.

    14.Kalau tiadak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya
    Maksud:Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payang

    15.Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian
    Maksud:Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari.

    16.Yang bulat tidak datang menggolek,yang pipih tidak datang melayang
    Maksud:Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.

    17.Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit
    Maksud:Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

    18.Bak cendawan tumbuh selepas hujan
    Maksud:Terlalu banyak pada sesuatu masa.

    19.Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat
    Maksud:Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

    20.Yang kita kejar tak dapat,yang kita kendong pula berciciran
    Maksud:Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua,tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

    21.Mencari jalan
    Maksud:Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

    22.Biar mati anak,jangan mati adat
    Maksud:Adat yang tidak boleh dilanggar.

    23.Sediakan payung sebelum hujan
    Maksud:Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

    24.Berbesar hati
    Maksud:Gembira.

    25.Anak buah
    Maksud:a.Anak saudara.
    b.Pekerja di bawah jagaan kita.

    26.Batu penghalang
    Maksud:Halangan

    27.Bagai ikan pulang ke lubuk
    Maksud:a.orang yang pulang ke tempat asal.
    b.Kehidupan yang senang.

    BalasPadam
  3. mohon share ye... terima kasih

    BalasPadam
  4. sangat membantu saya dalam membuat ulangkaji peribahasa

    BalasPadam