Selasa, 22 Jun 2010


PANTUN

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat
Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama
Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin
Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin
Orang Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka mata

15 ulasan:

  1. Bumi Melaka begitu mewah
    Dagang dan satri menjadi meriah
    Banua keling datang berhebah
    Sirih pinang buat persembah

    Sultan Iskandar Sultan Melaka
    Abad empatbelas kisah bermula
    Ole datang bersama gempita
    Adat resam menjadi gempita

    Makan sirih di dalam puan
    Puan datang dari deli
    Melayu,Cina,keling juga Pagan
    Sirih junjung jadi penyeri

    Budaya Melayu terkenal sudah
    Istana dan rakyat begitu terserlah
    Sejak dahulu adat bersirih tiada gundah
    Dingga kini jadi pengkisah

    Sirih adat sirih dijunjung
    Buat pengubat oleh si Sukun
    Semuga ia jadi penyanjung
    Kepada rakyat tutun termurun

    Gadis Acheh berhati gundah
    Menanti teruna menghulur tepak
    Gula manis sirih menyembah
    Adat dijunjung dpinggir tidak

    BalasPadam
  2. BEKAS SIRIH

    Gading dan perak gubahab ternama
    Pucuk rebung penghiasnya pula
    Helaian sirih tersisip sedia
    Di dalam puan sedia tersua

    Tuah dan jebat bersirih malam
    Sepah dibuang di dalam kolam
    Bekas sirih bermacam ragam
    Bak piring,cawan pastinya logam

    BalasPadam
  3. CELEPA BERLIAN

    Kau rumpunan sirih puan
    Rupa mu anggun lagi menawan
    Emas permata bertatahkan berlian
    Bentuk diri mu kebulat-bulatan

    Bujam Epok di Negeri Sembilan
    Tekat emas hias sulamana
    Sandang di bahu bagai tas tangan
    Budaya Minang juga Yamtuan

    Lebar daun sahabat karib mu
    Piak sirih tidaklah ragu
    Di istana milik tuanku
    Kelantan juga terengganu

    BalasPadam
  4. CEMBUL BERMADAH

    Iras mu bagai celepa
    Bertudung lingkup penuh budaya
    Kapur pinang gambir juga ada
    Di dalam puan kau persada

    Kau tersusun begitu indah
    Punya perwatakan dan juga madah
    Lima sekawan tiadalah gundah
    Membuat budaya tidak ditelan

    BalasPadam
  5. DEMANG LEBAR DAUN

    Tembakau
    Nocptiana tobacum kata sain
    Dari keluarga Soalnaceace
    Seluruh dunia memerlu mu
    Ubat dan mudarat

    Pepohon mu pohon renek
    Petani di ladang membelai
    Dikunyah segumpal diri mu
    Kepada petani kedah
    Bersama sepiah sirih
    Songel juga sentel

    BalasPadam
  6. GOBEK NENEK TUA
    Kau ku belai manja
    Bak gadis berbaju kurung
    Seribu nikmat seribu hikmat
    Warna-warna emas perak

    Persada di singgahsana
    Nenek tua punya cerita
    Meraba ketar tangan
    Ditujah sepiak sirih
    Tersungging puas ketagih lega

    BalasPadam
  7. KACIP MELAYU

    Rata-rata kau adalah besi padu
    Pandai besi menggolah dan merobah
    Jadilah paras mu comel lagi indah
    Kacip kata ku
    Adakottu nama asal mu
    Benua keling membawa berita
    tiga kurun telah berlalu

    Kerja mu tidak berubah
    Pinang jua yang dihogah
    Pensirin yang tidak gundah
    Kerja kuat ikut perintah
    Mujur lalu melintang patah

    BalasPadam
  8. SEKELAT GAMBIR

    Uncaria gambier
    Katta kambu kata Benua Keling
    Abad tujuhbelas kau jelajahi bumi melayu
    Johor Riau semasa bersatu
    Bumi jawa asal darah mu

    Dedaun mu kekuningan bak suria petang
    Petani gembira meragut segala
    Jadilah ia gambir sedia
    Ubat dan sirih campurab jua
    Bak menambah kuasa mu
    Kelat,enak rasa penawar jua

    BalasPadam
  9. NARWASTU BUNGA CENGKIH

    Belanda Portugal adalah musuh mu
    Pulau Moluku tumbuh darah mu
    Zanzibar Madagaskar
    Indonesia jua Nusantara Melayu
    Itulah panghijrahan tempat mu

    Harum mu seharum narwastu
    Malar hijau milik pepohon mu
    Rimbun mu meredup bumi Melayu

    Pengemis menagih bunga mu
    Untuk santapan hidangan dirindu
    Apa kurang para pensirih
    Menjadi leleh hayal dan letih

    BalasPadam
  10. SEJATI KASIH SEJUNJUNG SIRIH

    Kau dambakan hidup di pepohon liar
    Kau julang megah diri menongkat langit
    Kau warnai diri dengan kehijauan alam
    Rimbun mu bak payung mahkota

    Hidup mu di padang tropika
    Asia,Madagaskar juga Afrika
    Saudara saudara sebangsa
    Melayu Keling Udang juga cina

    Mat salleh punya angkara
    Pipet betel linn ditukar nama
    Piperaceae punya keluarga
    Aku tetap aku,sirih kata ku

    BalasPadam
  11. SEPALIT KAPUR

    Cengkerang
    Tanah liat asal diri
    Putih mu bak putih salju
    Lembut mu membakar lidah
    Secalit tidak berasa gundah

    Untai-untai segagang sirih
    Asal liat rapuhlah ia
    Gobek-gobek tidaklah jerih
    Kepal-kepal ditelan jua

    BalasPadam
  12. SIRIH JUNJUNG DATA PINGITAN

    Kau adalah penyeri
    Kau adalah kemestian
    Perkahwinan perawan sunti
    Sebagai hadiah hantaran

    Dihias indah disusun rapi
    Bagai menara gagah berani
    Adat melayu pengiring Menteri
    Dalam acara upacara rasmi

    Sirih adat,sirih dijunjung
    Gubahan oleh andam bistari
    Adat dijunjung,adap disanjung
    Resam budaya hingga kini

    BalasPadam
  13. SIRIH PUAN CERANA KAYU

    Sirih puan
    Tempat sirih
    Tepak sirih
    Cerana

    Pera emas ukiran melayu
    Kayu tembaga juga ada
    Puan Bujur,Puan Naga Taru
    Negeri Perak ampunya regalia

    Sirih di puan berseri sudah
    Tepak sirih mainan Biduanda
    Tempat sirih menjadi wadah
    Cerana pula apa kurangnya

    Budaya bersirih lambang berbahasa
    Hingga kini masih dipuja
    Sultan Melaka muda remaja
    Tun teja pula gah jelita
    Helai berbelai sirih di cerana
    Adat meminang warisan bangsa

    BalasPadam
  14. ULIT MAYANG

    Areca catechu
    Area-nut,Betel-nut,Pinang
    Palmae juga rumpun mu

    Jemla mu bagai merak menyinga
    Lurus meruncing mengapai ruang angkasa
    Mayang diulit gemalai tarian mu
    Kau Begitu ghairah dengan bibit mu

    Para pensirih datang menggarap
    Dibelai manis
    Dikunya kelat payau rasa mu
    Satu resepi mesti padanya
    Jika tiada murunglah ia

    BalasPadam
  15. How to get $5,000 at Wynn Las Vegas (EZR) with debit cards 메리트 카지노 주소 메리트 카지노 주소 happyluke happyluke bet365 bet365 826Tajin Habanero Hot Sauce - Wilkes Barre - ridercasino

    BalasPadam