Rabu, 16 Jun 2010

BELAJAR BAHASA MELAYU SPM


1 ulasan:

  1. MERUMUSKAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM ~ Siri 1

    Merumuskan karangan

    Merumuskan karanagan merupakan proses menyatakan isi-isi penting sesuatu petikan yang dipersembahkan secara ringkas tetapi padat dan tepat mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.Isi-isi petikan tersebut mestilah menepati kehendak atau arahan soalan.

    Contoh arahan soalan
    Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya dan kekangan yang dihadapi dalam melaksanakannya.

    Rumusan yang dihasilkan sebaik-baiknya ditulis dalam empat (4) perenggan iaitu:
    Perenggan 1 : PENGENALAN
    Perenggan 2 : ISI-ISI TERSURAT
    Perenggan 3 : ISI-ISI TERSIRAT
    Perenggan 4 : KESIMPULAN

    BalasPadam